Wednesday, February 17

Hari Pertama : Cuti-Cuti Melaka

Assalammualaikum.

Pada 10-12.02.16 bercuti ke Melaka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan kelajuan 100-120km/j. Ohh ya post sebelum ini fiena ada buat jadual perjalanan di sana kan. Lihat Sini. Ada perubahan. Nak tahu apa? Bacalah lagi hihihi.

8.00 pg : Bergerak ke Melaka
Keluar dari simpang Tol Simpang Pulai. Ketika ini, Fiena banyak tido dalam kereta sebab badan tak sihat dan selsema.

8.45 pg : Makan Pagi di RnR Tapah

Masa untuk makan ubat. Sarapan Nasi Lemak Telur 2, Limau Suam dan Kopi o Suam.

11.00 pg : Masuk Tol Ayer Keroh, Melaka
Ini gara-gara ikut waze nak makan coconut shake klebang. Udoh la jauh nak mencari coconut shake. Fiena beli putu bamboo perisa durian sebelah kedai coconut shake. Ok rasenya.

12.00 tgh : Coconut Shake klebang 3 dik!
Ok ikut tekak fiena dan suami rasanya biasa je. Bila dengar kawan2 cakap sedap sangat teringin nak rasa. Apepon still ok dan demam sudah datang.

1.00 tgh : Muzium Kapal Selam
Disebabkan Muzium kapal selam dekat area klebang jadi kami terus pergi melawat ke sana. So nampak lah bustel dan pantai klebang yang terkenal di melaka tapi fiena idoklah singgah sebab nak pergi check in resort.


3.00 ptg : Check in Comel Beach Resort
So far, resort ini okey dan kemas. Semalam RM120/malam untuk bilik yang berhawa dingin. Dalam bilik ada 2 extra tilam bujang dan bantal.

3.30 ptg : Makan Tengahari
Makan Nasi Ayam, Nasi Putih, Asam Pedas Ikan Pari, Limau Suam, Teh o ais dan Cucur Udang, total harga RM19. Makanan sedap. Kedai tepi jalan berdekatan simpang kuala linggi.

8.00 malam : Bersiar-siar di Pusat Bandar Melaka
Kami bersiar-siar dalam kereta ke Jonker Walk, Jalan sekitar A-Famosa dan Jalan sekitar Mahkota Prade.

10.00 malam : Makan Malam di sebelah Comel Beach Resort. Ohh nama kedai makan tidak ingat yang tahu kedai pertama.
Makan ikan siakap bakar, kailan ikan masin, nasi putih 2 pinggan, air limau suam dan air teh o ais, total harga RM 32. Ikan siakap kitorang ambil dalam 600g. Makanan okey lah.

---
Jumlah duit dibelanja : RM414.80
(sen-sen tue tak ingat. hihi)
  • Isi Minyak : RM50
  • Sarapan Pagi : RM10
  • Duit Tol : RM48
  • Coconut Shake : RM6.80
  • Putu Bamboo : RM3.00
  • Tiket Muzium Kapal Selam : RM6.00
  • Penginapan : RM240
  • Makan Tenghari : RM19
  • Makan Malam : RM32

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...